Perkhidmatan Perakaunan Online Untuk SME (Enterprise) Kebawah Pertama di Malaysia

Membantu anda mengubah cara merekod transaksi aliran tunai kewangan anda SEMUDAH A.B.C dengan perkhidmatan perakaunan online MyJurnal pertama di Malaysia. Dengan pengalaman pakar perundingan perakaunan dan perkhidmatan simpanan kira-kira kami yang berpengalaman melebihi 5 tahun secara konventional mengurus rekod bagi perniagaan berskala Mikro, terima upah tanpa slip gaji dan individu berniaga sendiri ke LHDN, meningkatkan skor pinjaman di pihak bank.
Sistem "ONLINE" di MyJurnal.ac & akauntant kami akan menyediakan satu laporan kunci kira-kira yang teratur dan tepat setiap tahun untuk anda yang mana memenuhi keperluan laporan ke LHDN,
Pendek kata anda tak perlu pakar bab kunci kira-kira, hanya perlu catit duit masuk dan keluar, laporan.... biar kami yang uruskan untuk anda...
KENAPA PERLU AKAUNTAN?
Hapuskan Kerumitan Kertas Kerja dengan sistem online Perkhidmatan Akauntan MyJurnal.ac di Malaysia
Mudahkan pengurusan aliran tunai kewangan anda bersama sistem online dan juga pasukan pakar kami. Solusi serba lengkap kami merangkumi perakaunan, pengurusan rekod kewangan, perbelanjaan, dan pematuhan cukai, memberi anda lebih banyak masa untuk fokus pada perniagaan.

MyJurnal.ac – Penyedia Perkhidmatan Korporat yang Dipercayai
Visi kami sebagai penyedia perkhidmatan korporat di Malaysia adalah untuk menyokong peniaga kecil dan individu di setiap peringkat lapisan sektor industri yang bekerja sendiri dengan mengatur dan mengemas kini dengan mentakrifkan semula konsep "kewangan-sebagai-perkhidmatan" dengan menyediakan penyelesaian perbankan dan perakaunan yang sepenuhnya bersepadu, dari penubuhan syarikat hingga operasi kewangan
harian. Ia seperti memiliki seluruh pasukan kewangan tanpa kos pengurusan yang tinggi dan pengurusan tadbir urus yang mantap.
Perjalanan Kami Sebagai Syarikat Perkhidmatan Korporat di Malaysia
Bagaimana Kami Bermula
Melihat daripada pengalaman rakan-rakan melalui pengalaman mereka bekerja sendiri, berniaga kecil-kecilan dan yang tidak mempunyai slip pendapatan dan tanpa rekod kewangan yang lengkap adalah sukar untuk mereka mendapat kemudahan pinjaman kewangan daripada mana-mana institusi perbankan di Malaysia.
Dengan mendapat satu keputusan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada rekod kewangan yang komprehensif dan teratur dan di semak dan mematuhi permohonan sistem pencukaian di LHDN, ia memberi impak yang sangat besar dan mata merit yang tinggi untuk
penilaian permohonan kewangan anda di institusi perbankan dimasa akan datang.
Di sinilah kami memulakan Langkah kecil – untuk membebaskan anda daripada tugas pentadbiran kewangan yang membosankan dengan harapan baru untuk Sistem Rekod Aliran Tunai Kewangan anda.
Visi Kami Untuk Masa Hadapan
MELAYAKKAN ramai golongan peniaga kecil yang bekerja sendiri atau mana-mana individu yang bekerja tanpa majikan dan golongan yang tidak mempunyai slip gaji untuk mendapat kemudahan kewangan di institusi perbankan yang berlesen dibawah Bank Negara. Daripada terjerumus oleh kemudahan pinjaman TANPA LESEN yang sangat menekan individu dan keluarga mereka sehingga menekan interest yang sangat Tinggi.

Kelebihan Perkhidmatan Kami:
PENCUKAIAN TAHUNAN: Laporan cukai tahunan dengan pengurusan cukai yang tepat akan dikeluaran secara automatik kepada anda.
LAPORAN KEWANGAN: Dapatkan laporan kewangan bulanan atau tahunan yang ringkas dan jelas.
PENGURUSAN REKOD:Pengurusan rekod kewangan secara bulanan atau tahunan yang efisien.
Keluar dari Beban Perakaunan
Serahkan tugas penyediaan laporan perakaunan kepada pakar. Kami akan memastikan ketepatan dan pematuhan sepenuhnya supaya anda boleh fokus kepada pembangunan perniagaan sahaja.
Berminat Dengan Perkhidmatan Kami?
Register Now

Kenapa MyJurnal
Langgan Perkhidmatan Perakaunan MyJurnal.ac secara Online

Dengan melanggan perkhidmatan On-Line Akauntasi MyJurnal kami, anda:
- Bebas dari tugas pengurusan – kertas kerja dan spreadsheet yang semak dan memeningkan tidak lagi menjadi beban harian anda.
- Menikmati sistem yang mantap – hanya perlu isi tempat kosong sahaja, sistem akan uruskan selebihnya.
- Mendapat ketenangan fikiran – kerana urusan pengurusan akaun yang sebelum ini sukar kini menjadi mudah dan teratur.
- Memantau laporan harian & bulanan – akses laporan anda secara waktu sebenar (“real time”) di mana-mana sahaja.
- Fokus kepada strategi dan pertumbuhan perniagaan – kerana masa anda tidak lagi dibazirkan pada kerja-kerja teknikal.
- Kurangkan kos tenaga kerja – jimat kos akauntan sepenuh masa dengan hanya 1/15 daripada kos biasa.
Kami juga menyediakan perkhidmatan tambahan seperti:
- Pendaftaran Perniagaan di Malaysia
- Pendaftaran Akaun KWSP
- Pendaftaran Perkeso
SISTEM PERAKAUNAN YANG KOMPREHENSIF
