Penafian 

Kami MyJurnal.ac telah mengambil langkah berhati-hati untuk memastikan kesahihan, ketepatan, dan kelengkapan laman web ini, semua atau mana-mana bahan dan maklumat (termasuk bahan dan maklumat yang disediakan oleh pihak ketiga) yang terkandung dalam laman web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan, produk, maklumat, data, teks, grafik, audio, video, pautan, atau item lain, disediakan dalam keadaan “seadanya” dan “sebagaimana tersedia” tanpa sebarang jaminan dan/atau representasi statutori, nyata atau tersirat dalam apa jua bentuk.

MyJurnal.ac kami secara khusus menafikan apa jua yang boleh menyebabkan sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu, jaminan hak milik, ketidaklanggaran hak harta intelek, ketepatan, kelengkapan, dan kesegaran bahan serta maklumat yang terkandung di dalamnya, serta secara nyata menolak sebarang liabiliti terhadap kesilapan dan/atau ketinggalan dalam bahan dan/atau maklumat tersebut.

Selain itu,kami tidak memberi jaminan bahawa bahan dan/atau maklumat yang terkandung di dalamnya akan disediakan secara berterusan atau tanpa gangguan, atau bahawa ia bebas daripada sebarang kesilapan, atau bahawa sebarang kecacatan, sama ada dikesan oleh MyJurnal.ac atau tidak, akan diperbetulkan. 

MyJurnal.ac juga tidak menjamin bahawa bahan dan/atau maklumat tersebut bebas daripada kelewatan, kegagalan, kesilapan, atau kehilangan maklumat yang dihantar, serta tiada virus dalam apa jua bentuk atau varian, atau sebarang elemen yang merosakkan akan dihantar, mahupun sebarang kerosakan tidak akan berlaku kepada komputer anda atau komputer yang anda gunakan untuk mengakses laman web ini.

Sekiranya anda memilih untuk bergantung kepada sebahagian atau keseluruhan bahan dan/atau maklumat dalam laman web ini, anda berbuat demikian atas pertimbangan sendiri dan menanggung sepenuhnya sebarang risiko yang timbul. MyJurnal.ac, pengarah, pegawai, pekerja, atau ejennya tidak boleh dianggap memberi sebarang nasihat berkenaan mana-mana atau semua bahan dan/atau maklumat dalam laman web ini. 

Selain itu, MyJurnal.ac, pengarah, pegawai, pekerja, atau ejennya tidak mempunyai sebarang tanggungjawab atau liabiliti terhadap anda berkaitan dengan mana-mana atau semua bahan dan/atau maklumat dalam Laman Web dan Sistem Perakaunan ini.

 

Pemprosesan Data Peribadi

Kami di MyJurnal.ac komited untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Dengan memberikan data peribadi kepada kami, anda bersetuju bahawa data tersebut boleh dikumpul, digunakan, dan diproses untuk tujuan berikut:

  1. Penyediaan Perkhidmatan

    • Menyediakan perkhidmatan atau maklumat yang diminta oleh pelanggan.

  1. Pemprosesan Pendaftaran dan Akaun

    • Memproses pendaftaran akaun, menyediakan laporan bulanan, tahunan, dan laporan berkaitan borang LHDN atau servis langganan anda.

  1. Komunikasi

    • Menghubungi pelanggan untuk makluman, kemas kini, promosi, atau maklumat berkaitan perkhidmatan.

  1. Kepatuhan Undang-Undang

    • Mematuhi semua keperluan undang-undang atau kawal selia berkaitan pemprosesan data peribadi.

Kami tidak akan berkongsi data peribadi anda dengan mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di: support@MyJurnal.ac.

Dokumen dan Resit

Dokumen:

Segala dokumen yang dimuat naik ke dalam akaun MyJurnal adalah tanggungjawab pelanggan untuk:

  1. Membuat salinan.
  2. Memuat turun dan menyimpan dokumen tersebut.
  3. Merekod segala aktiviti kewangan selama 12 bulan untuk pihak MyJurnal menyiapkan  satu laporan untuk diisi ke Borang B LHDN.

Nota: MyJurnal tidak bertanggungjawab sepenuhnya atas kehilangan atau kerosakan dokumen tersebut.

Resit:

Semua resit perbelanjaan yang digunakan untuk merekod perbelanjaan di MyJurnal adalah tanggungjawab pelanggan untuk:

  1. Menyimpan di tempat yang selamat.
  2. Membuat salinan fotokopi bagi resit yang mudah pudar dakwatnya.

Pelanggan diingatkan untuk menyimpan resit selama 7 tahun mengikut keperluan LHDN.

Yuran Langganan

Dengan ini, pelanggan bersetuju bahawa:

  1. Caj Bulanan:
    • Yuran bulanan dikenakan untuk perkhidmatan rekod kewangan, laporan bulanan/tahunan, dan laporan berkaitan LHDN.
    • Pihak MyJurnal.ac berhak meminda caj/yuran tanpa notis awal untuk memastikan kelancaran perkhidmatan.
  1. Caj Tambahan:
    • Caj tambahan akan dikenakan bagi perkhidmatan seperti:
      • Pendaftaran SSM, PERKESO, dan KWSP.
      • Pengurusan akaun tambahan atau laporan khusus.

Dengan menggunakan perkhidmatan MyJurnal.ac, pelanggan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan terma ini.

dan, 

Terma dan Syarat Agen Pemasaran MyJurnal

Tawaran sebagai agen pemasaran MyJurnal BUKANLAH WAJIB bagi semua pelanggan kami, hanya kepada yang berminat sahaja. Bagi yang berminat anda harus patuh dan setuju dengan syarat-syarat dibawah skop tugas sebagai seorang agen.

1. Tujuan dan Skop Kerja
1.1 Agen bertanggungjawab mempromosikan perkhidmatan MyJurnal kepada individu yang bekerja sendiri tanpa slip gaji atau peniaga atau usahawan atau mereka yang berminat dengan sistem MyJurnal dengan berkongsi link affiliate anda.
1.2 Agen wajib mematuhi semua polisi, garis panduan, dan arahan yang diberikan oleh pihak MyJurnal.

2. Pemeliharaan Amanah
2.1 Agen tidak dibenarkan untuk menyalahgunakan, memalsukan, atau menggunakan data pelanggan atau maklumat perniagaan untuk kepentingan peribadi.
2.2 Sebarang pelanggaran kepercayaan akan dianggap sebagai kesalahan serius dan boleh membawa kepada tindakan undang-undang.

3. Pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010
3.1 Agen wajib memahami dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
3.2 Agen tidak dibenarkan untuk mendedahkan maklumat peribadi pelanggan tanpa kebenaran bertulis daripada pelanggan atau pihak MyJurnal.
3.3 Sebarang pelanggaran akta ini akan mengakibatkan penamatan kontrak serta tindakan undang-undang.

4. Tingkah Laku Profesional
4.1 Agen wajib mengekalkan integriti, profesionalisme, dan tingkah laku yang baik semasa melaksanakan tugas mereka.
4.2 Agen tidak boleh mencemarkan nama baik MyJurnal melalui sebarang aktiviti atau pernyataan yang tidak wajar.

5. Hak dan Tanggungjawab
5.1 Agen bertanggungjawab memastikan semua maklumat yang diberikan kepada pelanggan adalah tepat dan selaras dengan polisi MyJurnal.
5.2 Agen tidak boleh menjanjikan sesuatu di luar skop perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyJurnal tanpa kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan.

6. Penamatan Perjanjian
6.1 MyJurnal berhak untuk menamatkan perkhidmatan agen sekiranya berlaku:
a. Pelanggaran terma dan syarat.
b. Pelanggaran kepercayaan atau akta PDPA.
c. Tindakan yang boleh mencemarkan nama baik MyJurnal.

7. Penggunaan Maklumat dan Aset Syarikat
7.1 Agen tidak dibenarkan menggunakan sebarang maklumat atau bahan promosi milik MyJurnal untuk tujuan selain daripada kerja yang dibenarkan.

8. Penguatkuasaan Undang-Undang
8.1 Terma dan syarat ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
8.2 Sebarang pertikaian akan diselesaikan melalui perbincangan terlebih dahulu atau dirujuk kepada mahkamah yang berwibawa di Malaysia.

9. Bayaran komision

9.1 Bayaran komision akan dibayar setiap 2 minggu mengikut tarikh kalender setiap bulan pada:-

i) 17hb -18hb bagi setiap komision yang diterima pada 1hb - 15hb

ii) 2hb -3hb bagi setiap komision yang diterima pada 16hb - 31hb

iii) Jumlah komision adalah dari %, jumlah yuran bulanan yang dibayar oleh pelanggan anda kepada MyJurnal adalah seperti dibawah:-

       a) Affiliate 1 = 20% (Pelanggan Generasi 1 anda)

       b) Affiliate 2 = 4% (Pelanggan Generasi 2 anda)

       c) Affiliate 3 = 2% (Pelanggan Generasi 3 anda)

       d) Affiliate 4 = 2% (Pelanggan Generasi 4 anda)

selagi mana pelanggan anda membayar anda akan terus menikmatinya.

10. Persetujuan
Dengan klik saya bersetuju sewaktu pendaftaran, maka secara tidak langsungnya akan terbentuk satu kontrak perjanjian samada saya selaku pelanggan atau agen atau kedua-duanya sekali, mengakui telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan di atas dan Pihak MyJurnal.ac berhak meminda sebarang terma dan syarat tanpa notis awal untuk memastikan kelancaran perkhidmatan mereka.

 

Maklumat Syarikat

Sistem MyJurnal.ac dimiliki oleh : REZQEY VENTURE

Rakan Usahasama Akauntasi : TECH GRIT VENTURE

Alamat Operasi: 49C, Jalan Diplomatik,Presint 15, 62050 Putrajaya Wilayah Persekutuan, Malaysia.

E-mel: csrezqey@gmail.com

 

Privasi Anda, Keutamaan Kami

MyJurnal.ac menghargai dan melindungi privasi anda.